Alhamdulillah.... cinta hati mama papa, kakak Batrisyia, Aleesya, Haziq dan adik... kamu semua adalah cinta mama dunia dan akhirat. Syukur alhamdulillah Allah temukan mama dengan papa... terima kasih abang kerana menjadikan ira suri hidup abang... abang sangat sempurna... terima kasih kerana menjaga ira dan menerima ira seadanya..
Anak-anak perempuan mama, kalau nak cari pasangan hidup.. carilah spt papa kamu.. yg sangat baik dan penyabar orgnya.. selain itu papa seorang yang sangat memahami dan suka berfikiran terbuka dan positif... papa juga sentiasa mengajar mama hormat pada orang yang lebih tua dan banyakkan mengalah walau ada ketikanya kita merasakan kita dipihak yang benar. Banyak mama belajar dalam hidup sejak mengenali papamu... Papa mu adalah yang terbaik utk kamu berempat syg...
Papa seorang sahabat yang sentiasa mendengar luahan hati mama... bahunya sentiasa tersedia utk mama melegakan segala rasa serabut di kepala... dia sentiasa tersenyum dan tak pernah sekalipun bersungut bila mama mula meluahkan segala yang berkecamuk di fikiran.
Papa jarang marah.. dgn anak2 pun papa jarang nak marah.. Mama je yg kurang sabar.. manjang marahkan kamu semua.... (tapi mama bukan benci tauu) Papa kalau marah dia diam aje... haaaa kalau papa diam something wrong lah tu... ingat balik apa benda yang dh kita buat hingga tetiba je papa diam gitu.
Papa kalau buat sesuatu sangat fokus dan mesti nak buat yang perfect. Mama pun begitu. Mungkin kerana keserasian ini mama dan papa tak pernah nak bersungut kalau masing2 ada tugasan yang kena buat sampailah kena bawak balik ke rumah. Tapi sejak anak2 mama dah lasak kadang2 mama bersungut gaks, sbb mama sorang kena handle... hehehe...
Papa sgt gentleman, semua kalau boleh dia nak buat.. Kalau bwk keta tu, mmg tak de chance mama nak drive.. kadang2 papa tu dh sampai terpejam2 mata, still lagi nak bwk keta. Mama mmg bisinglah.. Bukan apa mama sian kat papa, lagi satu bahaya sgt. Kalau mama dpt bantu papa drive sekejap sementara hilangkan rasa ngantuk papa tu kan elok... Tapi bila mama ckp papa dah ngantuk biar mama drive, tetiba papa akan jadi segar bugar, buat2 nyanyi... pastu siap kata nt mama penat.. stereng sangkut kat perut lah..... kekwat sgt kannnnnnn... huhuhu
Papa sgt mengutakaman anak2, adik2 dan keluarga dia hormat orang yang lebih tua dr mereka. Papa tak suka org yang kurang ajar... kalau terjadi juga, papa akan diamkan dan perhatikan aje... bila melampau sgt barulah papa tegur. Jadi, untuk anak2 mama...jangan la kurang ajar pada org yang lebih tua dr kamu.. terutama mama ngan papa ni ya..
Papa juga seorang sahabat yang sgt disenangi oleh kawan2nya. Mama tgk kwn2 papa semua hormat ngan papa.. Alhamdulillah... cara papa berkawan menjadi satu tunjuk ajar pada mama utk berkawan dgn kwn2.. dulu, mama selalu terasa dgn kwn2 sbb kawan2 kdg2 suka ambil kesempatan atas kebaikan yang diberi.. tapi skrg tidak lagi... baik berpada2 jangan sampai org ambil kesempatan... :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan