Hormati pendidik kamu..
Hari ini mama nak ceritakan pengalaman mama menjadi seorang pendidik. Mama mula melangkah menjadi seorang pensyarah pada tahun 2007 iaitu selepas mama bertunang dengan ayahanda kamu. Arwah atok kata rezeki orang kawin, alhamdulillah. Sebelum tu mama pernah menjadi guru tuisyen, mengajar tuisyen di rumah. Masa kecil dulu mama suka main cikgu2 dengan makcik2 kamu. Tak sangka ianya menjadi realiti bila mama sudah dewasa.
Mengajar bukan semudah yang disangka. Mama bukan sekadar mengajar, mama perlu mendidik pelajar2 mama. Ada kalanya mama kecewa dengan sikap pelajar yang tidak mahu berusaha untuk memajukan diri. \Mama cuba kaedah mengajar yang lain, membuat tugasan dengan lebih friendly dan memudahkan mereka. Tak nak lagi buat tugasan "on paper". Sebabnya, student mama suka copy & paste. Mama dulu student juga, copy & paste, tapi mama copy & paste secara berhemah. Edit balik. Hantar pada pensyarah kalau boleh nak perfect punya. Tapi ada juga student mama yang submit tugasan sebijik yang ada dlm internet... printscreen/screenshot pun ada. Yang meniru tak kurang juga. Cuma edit cover page aja. Yang paling tak patut bagi tugasan pada mama dengan ada kesan tapak kaki. Masyallah, tiada nilaikah ilmu yang diberi itu?
Anak-anak mama, pesan mama.. bila menuntut ilmu, tuntutlah dengan bersungguh.. berusahalah walau kadangkala begitu payah untuk dimengertikan. Insyallah Allah akan buka pintu penyelesaiannya dan membantu anakanda semua. Jangan cepat putus asa.. begitulah adat belajar. Jika umur mama masih ada, mama akan terus support anak2 mama belajar hingga ke menara gading, insha Allah.
Selain mengajar, mama terpaksa menghadapi sikap anak2 didik mama. Aduhai, mama bukanlah seorang yang penyabar.. kadangkala mama marahkan mereka jika mereka tidak serius belajar. Tak hantar tugasan, tak datang kuliah, tidur dalam kelas dan kurangajar. Itulah yang mencabar kewibawaan mama sebagai seorang pendidik. Mendidik anak-anak yang sudah akil baligh, dan boleh berfikir cuma masih belum matang. Takkan sama seperti mendidik kalian yang masih kecil. Yang masih tidur di pangkuan mama.
Bila kamu dewasa kelak.. kamu akan melangkah ke alam pendidikan yang semakin lama semakin tinggi ilmunya. Janganlah anak-anak mama mendabik dada dan terasa hebat sehingga sanggup bersikap kurangajar pada pendidik kamu mahupun orang yang lebih tua dari kamu. Jangan biadap dengan menengking, mengherdik dan berkata kasar pada mereka. Ingat sayang ini pesan mama. Walau setinggi manapun kita, berpijaklah di bumi yang nyata. Hormati orang yang lebih tua dan jaga adab kamu sebaiknya. Tak jatuh taraf kita jika menghormati dan menjaga adab pada orang lain.
Mama pernah ditengking oleh pelajar, pelajar marah dengan teguran mama, keluar pintu & hempas sekuat hati. Kadang-kadang dengan mama diajaknya bertekak, berlawan cakap... mama dituduh sengaja memalukan anak didik... mama pernah terima tugasan dr pelajar mama dengan perkataan "gile" dan "bangang" Ya Allah... tergamak hati mereka... tersentap hati mama... mama menangis dengan sikap pelajar. Begini yang mama hadapi. Akhirnya mama terpaksa akur, mengalah demi seorang pelajar. Dalam hati, mama terluka... menangis hati kecil mama... Mama nampak garang, tapi hati mama cepat tersentuh.
Ingatlah sayang, kalau kita tak pandai sekalipun, jangan sesekali kita bersikap kurangajar lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, cikgu dan orang yang lebih tua dari kita. Berdosa. Jika ilmu itu tidak berkat, susah hidup kita nanti.
Kadangkala bila mama kecewa dengan sikap pelajar, mama luahkan di FB. Tujuan mama bukan untuk minta simpati, namun untuk menyedarkan mereka bahawa perilaku kita mencerminkan diri dan keluarga kita.
Duhai anak2 mama... walau apapun terjadi, mama tak pernah berdendam dengan anak2 didik mama. Mama maafkan mereka.. Mama tetapkan doakan mereka berjaya dunia akhirat. Benar kata org, guru ibarat lilin.. segala yang pahit mama telan... moga kemanisannya mama temui kelak. Semoga papa dan anak2 kesayangan mama menjadi kekuatan mama dunia dan akhirat.... amin.
2 ulasan:
sedihnya baca :'( tak apa miss.. what they give, is what they get back.. satu hari nanti bila mereka bergelar ayah, bergelar ibu.. baru mereka tahu perit jerih susah payah dlm mendidik anak3.. sabar lah.. mendidik anak sendiri pun susah apatah lagi mendidik anak orang laen.. tuhan itu Maha Mengetahui.. sabar ye miss..
Terima kasih azura... Sy juga doakn moga azura tabah mengharungi alam pekerjaan yg penuh dgn cabaran.. Lalui dgn tenang krn disitulah rezeki kita. Luv ya.. ��
Catat Ulasan