18hb Mac 2013 hari isnin hari tu saya pergi check-up seperti biasa. Berat tak naik mendadak.. Tapi yang sedihnya doktor detect ada darah tinggi. Bp saya sampai 130.. alahaiii macam mana boleh jadi begini. Doktor tengok tangan & kaki saya mmg nampak bengkak. Muka pun nampak sembab. Doktor siap tanya, alahaii kenapa kamu stress ke? Tak boleh tidor malam ke? Nak kata stress tu tak adalah doktor cuma tak boleh tidor malam tu mmg betul. Lepas tu rindu kat anak2 di kampung.. sebab tu asyik pikir dioarg jerr...
Macam tak percaya jer dihujung kehamilan ni tiba-tiba doktor detect ada darah tinggi. Doktor scan baby ok, cuma air ketuban dah cukup2 jer. Kata doktor lah. Doktor kata salah satu sebab maybe sebab ada sejarah keluarga yang ada darah tinggi.. memang pun mak saya ada darah tinggi. Dan lagi satu doktor kata faktor umur saya yang menyebabkan dapat hypertension ni. Yelah, mungkinlah.
So solutionnya, doc bagi saya cuti rehat 5 hari. Doktor juga bagi saya ubat darah tinggi. Hari Jumaat ni doktor suruh buat CTG dan in case kalau bp still tinggi kena induce n paksa bersalin. Apa lagi yang saya nak kata.. cuma tarik nafas dalam-dalam dan redha dengan keputusan ini. Mujur kandungan saya dah 9bulan lebih. Harapan saya moga tidak memberi kesan pada anak di dalam kandungan.Insyallah. Cuma sekarang saya tertanya2 if saya kena induce adakah saya akan bersalin secara normal atau caesaran???
haa tu dia catatan doc dalam buku merah saya...
tu dia surat MC saya
Saya juga cari info mengenai komplikasi Darah Tinggi dalam buku favourite saya. Jom Sharing :
Darah tinggi semasa mengandung sangat berbahaya. Ia boleh mengakibatkan eklampsia iaitu keadaan sawan yang disebabkan darah tinggi yang teruk. Darah tinggi semasa mengandung biasanya terjadi selepas lima bulan dan lebih kerap berlaku ketika menghampiri jangkaan bersalin.
Ibu2 yang berisiko tinggi adalah :
a) ibu yang mengandung kali pertama
b) ada sejarah darah tinggi dalam keluarga terdekat
c) Naik berat badan dengan banyak
d) bengkak atau sembab yang ketara
e) air kencing mempunyai kandungan protein yg tinggi.
Apabila pemeriksaan dilakukan dengan ibu mengandung didapati mempunyai darah tinggi, doktor akan mengarahkan ibu untuk masuk ke wad di mana pemeriksaan tekanan darah dapat dijalankan dengan lebih kerap.
Ubat darah tinggi akan dimulakan sekiranya perlu. Adakalanya selepas berehat tekanan darah akan turun semula dan kemungkinan ubat tidak perlu digunakan.
Bacaan Tekanan darah tinggi :
a) 130/90 - tekanan darah tinggi ringan
b) 140/100 - tekanan darah tinggi sederhana
c) 150/110 - tekanan darah tinggi serius.
Komplikasi darah tinggi semasa mengandung :
a) boleh menyebabkan pendarahan pada saluran yang mampu mengakibatkan strok
b) boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang
c) eklampsia
d) IUGR - bayi tidak berkembang dengan baik
e) Sindrom HELLP - suatu keadaan di mana hati pesakit juga terlibat
f) Abruptio placenta atau uri lekang.
Dalam banyak keadaan di mana tanda-tanda komplikasi telah timbul, doktor akan mencadangkan untuk melahirkan bayi hanya kerana cara ini dapat menstabilkan kembali darah tinngi yang dialami oleh ibu. Sekiranya tiada komplikasi dan tekanan darah tidak terlalu tinggi, doktor mungkin akan mencadangkan kaedah induce untuk mempercepatkan kelahiran.
Eklampsia adalah satu komplikasi darah tinggi semasa mengandung yang paling berbahaya. Ia adalah salah satu penyebab kematian ibu ketika mengandung. Dalam keadaan ini ibu mempunyai darah tinggi tidak terkawal dan memberi rangsangan kepada otak sehingga menyebabkan ibu mendapat sawan. Sebelum eklampsia terjadi biasanya terdapat tanda awal seperti ibu merasa pening, melihat seperti bintang2 di matanya, muntah dan loya. Selalunya air kencing ibu akan mempynyai kandungan protein yang tinggi dan ujian darah akan menunjukkan tanda-tanda buah pinggang ibu telah dijangkiti.

3 ulasan:
sy pernah kena induce dulu...tp dpt bersalin secara normal..induce nie yg sy tahu nak mempercepatkan bukaan pintu rahim..agak sakit bersalin secara induce berbanding bersalin secara natural..
sabar ye kak...insyaallah, semuanya akan selamat...sentiasa doakan akk & bb selamat...
x sbr nk tggu kwn bb ammar.... :-)
Akak jgn stress2...doa byk2...insya Allah semua akan baik2 saje...
Sy akn doakan akak dan baby selamat. Amin...
Catat Ulasan