love

love

Isnin, Februari 25, 2013

Set Berpantang - Tropical Herbs, Amway


 
Alhamdulillah... inilah dia Set Bersalin yang bakal saya gunakan selepas melahirkan anak nanti. Kali ni memang dah plan nak tukar Set Bersalin yang lain. Sebelum ni, anak pertama saya pakai Afiat, yang kedua Mustika Ratu dan kali ni saya pakai Tropical Herbs dari Amway. Kisahnya gini, saya macam kureng nak makan jamu yang biji-biji tu... ditambah pula dengan baunya yang agak semerbak... huhu memanglah elok utk dalaman, tetapi bila tang bau tu memang saya serrender... bak kata mak mertua, "ibu moden" hahaha... moden sgtttt!!!... Sudahnya kalau makan tu minggu pertama ngan kedua jer.. lepas tu jadi hiasan aje.. mulut cik abang apa lagi.. pot pet pot pet lah... huhu bingit juga dengar, mcam nak sumbat jer dgn biji2 jamu ni, tapi kang tak masuk syurga plak.. hahaha...

tapi kali ni saya bertekad nak guna Tropical Herbs dari Amway.. kos agak tinggi jugak RM250++ kalau nak compare Afiat & Mustika Ratu yang tak sampai RM100. Tapi tak apalah, jz nak award utk diri sendiri.. beli mahal2 pun untuk diri sendiri... kalau sihat dan cergas, utk diri sendiri juga.. jadi tak nak berkira dengan diri sendiri... Mana lah tau ini kali terakhir saya mengandung... huhu penat ooo ngandung dengan faktor jarak hanya 2 tahun setiap anak, pastu faktor usia lagi, bekerja, kemudian dalam suasana anak2 yang sedang membesar... lelah dibuatnya.. tak de masa nak berehat2 macam anak pertama dulu... tak bersungut pun, suka jer sebab bila mengandung ni dikira sebagai jihad... tapi yelah cuma meluah rasa aje...
 
ini dia "Post Natal Care - Tropical Herbs, Amway" yang saya beli.  Kebetulan masa saya beli tu ada promosi gift, kalau beli set bersalin ni dapat Beverage Cooler dengan harga RM12.90 jer.. kalau tak harganya RM119.00... Alhamdulillah rezeki anak...

zoom sket free gift ni... bila kira-kira balik kos saya beli set bersalin ni macam kos beli sekali beverage cooler ni... memang berbaloi... so the moral, jgn berkira-kira nak berhabis untuk kesihatan diri sendiri.. hehe


ya, inilah dia item-item yang ada dalam set bersalin.. memang banyak dan sangat berbaloi

tu dia... dpt free lagi.. Bengkung untuk ibu bersalin..... berbaloi memang berbaloi...

siap ada guideline book untuk menggunakan produk ini... sangat bagus..!

  ini pula kalendar perancangan pemakanan produk ini... bagus!..

so far untuk produk aja saya dah rate 5 star.. belum guna lagi... tapi dapat rasa penggunaannya sgt bermanfaat jika digunakan dengan disiplin.. ya dengar itu ya, peringatan utk pn ira sendiri.. huhu..

jom baca sket review produk ini :
 
Kandungan set: (Terbahagi kpd 2 :- dimakan & kegunaan luaran)
**Dimakan**
1) Teh herba
2) Pil selepas bersalin 1
3) Pil selepas bersalin 2

****Kegunaan Luaran***
4) Herba pembersih wanita
5) Herba mandian
6) Campuran Peramping Perut (Tapel)
7 )Campuran Penghangat (Param)
8) Campuran Penenang (Pilis)
9) Minyak Urutan Herba
10) Minyak Bayi

PERCUMA : BENGKUNG & SET BEVERAGE COOLER dgn harga RM12.90 sahaja (tertakluk pada promosi)

Herba Mandian: 
 * Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.* Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Herba Tea
* Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Warming Herbal Blend
• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Firming Herbal Blend
* Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Herbal Massage Oil
* Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Pil Lepas bersalin 1:
* Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi
• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Pil lepas bersalin 2:
* Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Minyak Bayi:
* Melegakan angin dan kembung
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Campuran Penenang: Menenang dan menyamankan dahi
• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidurdan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

2 ulasan:

- AZIE - berkata...

wah..dh beli dh, complete. Sy belum lg pun..ingat nak guna shaklee..harap2 ok jgk

Unknown berkata...

mrs lurve : shaklee memang terbaik sgt... saya teringin juga, sbb shaklee ada set yang boleh banyakkan susu badan. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...