Huh... krisis air yang melanda di area rumah saya.. amat2 menguji kesabaran dan di rasakan sangat kejam diperlakukan begini... Saya tinggal di area Cheras... bukan tinggal aja di area Cheras, malam bekerja pun di area Cheras. Sejak berlakunya masalah tiada bekalan air ini... saya yang sedang sarat mengandung menjadi sangat2 susah... nak mandi.. nak memasak even nak "membuang" pun sangat2 mengganggu.. Sudahlah ada dua anak yang perlu diuruskan... Di rumah tak de air.. di ofis pun xde air... Ke mana saya harus pergi...??
dah jadi tempat lepas geram dah entry kali ni.. ya memang sangat geram!!
Insiden air ni tercetus hampir 3 minggu di kawasan rumah saya, di ofis dan juga di Taska tempat anak2 yang saya hantar. Fikir sendiri bagaimana nak dapat sumber air yang bersih... khususnya di kolej tempat saya mengajar dan di Taska tempat saya menghantar anak2. Bagaimana anak2 nak makan?? Nak bancuh susu..?? Bersih ke tidak air yang ada... Tidak tercemar ke makanannya..??
Alahaiii apa yang saya rungutkan akhirnya menjadi tekanan dalam hidup saya.. Anak2 saya muntah2 dan cirit birit... kedua-duanya tidak bermaya... kesian melihat anak2... ini semua pasal air!! Memang saya tak nafikan!! Anak saya dah terminum atau termakan air yang sudah tercemar... Kenapalah pihak bertanggungjawab bertindak kejam hingga berlakunya krisis air ini... Pasal politik..?? Perlukah rakyat yang menjadi mangsa.. Kalau sehari atau dua hari rakyat boleh terima.. tapi kalau dah nak masuk sebulan apa cerita...??? Tak kena kat batang hidung sendiri, tak apalah!!
Sedih dengan angkara orang yang bertanggungjawab.. Malas nak cerita... Saya pun tak suka dengan agenda kotor orang2 politik ini... Ingat kami ni bodoh ker...?? Hujan rahmat dari Allah turun mencurah2... masakan air yang dicontrol oleh manusia boleh kering kontang... tak munasabah.. kalau sekalipun pam rosak, cari solution atau buat catuan dengan sesuai... pikirlah sikit.....
ah tak guna bercakap dengan orang yang pentingkan diri.....
erm... ini lah syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan air di kawasan rumah saya...... sumber google
petikan akhbar mengenai krisis air... sumber google
petikan akhbar.... ya saya rasa azabnya bila tiada bekalan air dalam tempoh masa yang lama... saya ibu mengandung... nak membuang sangat susah.. nak solat pun susah..... nak kata darurat, ini semua agenda manusia2 yang buta hati...
kesian anak mama.. Dhia Aleesya... melepek aja.. makan minum pun tak lalu.. kalau minum pun, tersembur keluar semula... cirit birit sampai pampers pun luak... melecet dibuatnya... aduhai sayang...
kesian juga puteri sulung mama Dhia Batrisyia.. sayu hati mama melihat dua2 anak mama melepek macam ni.. dah tak aktif seperti sedia kala....
At last dengan berat hati mama dan papa hantar anak2 mama balik umah Atok di kampung.. di sana, ada juga orang yang boleh jaga dan jengokkan.. tak ada masalah air.. tak apalah sayang, asalkan kalian tak melepek macam ni.. biar mama & papa yang berulang ke kampung melihat kalian berdua..
air oh air... semoga bekalan air akan pulih spt biasa.. jika ada masalah sekalipun, buatlah catuan dengan munasabah .. jangan terus stopkan bekalan air hingga berminggu-minggu....
1 ulasan:
sampai leni pun tk de lagi air ke ira...kesian nya puteri2 ko..sakit kan.rindulah ko kat puteri ko kalau mereka di kampung kan..sunyi rumah dibuatnya..mudahan krisis air cepat lah selesai..
Catat Ulasan