26 November yang lepas, kami sekeluarga berjalan2 ke UiTM 2 Shah Alam. Melihat adik bongsu saya yang belajar di Fakulti Perubatan (Pengimejan) bergraduat di UiTM Shah Alam. Adik bongsu, maknanya inilah konvo terakhir yang saya pegi.. Lepas ni kalau gi konvo utk anak2 atau anak buah je.. hehe.. Kalau konvo kat kolej saya every year kena attend sebagai urusetia sekretariat, kena bekerja bukan merewang.. hehe..
Apapun seronok pegi ke konvo di UiTM adik saya ini. Apa yang lain yang saya rasa ialah konvo adik saya ni kena naik bas untuk ke Dewan Agong Tuanku Canselor, DATC, UiTM Shah Alam. Jadi kami kena park dekat area ibu bapa parking then naik bas yang disediakan. Anak2 saya tak pernah naik bas agak jagun sedikit bila dapat naik bas.. hehe.. comei je mama tgk.
Sementara menunggu adik mengambil segulung ijazah, kami lepak di khemah ibu bapa.. lihat aja gelagat anak2 mama menunggu maksunya. Saya mmg tak nak masuk ke dewan. Sebab pertama saya ngandung, tak kosa nak dok lama2 kat dewan dengan protokolnya. Kedua, every year saya akan duduk dalam dewan sempena konvokesyen Cybernetics. Jadi urusetia yang serba serbi dengan protokol.. So dah tak kuasa. Hehe..So saya dok menjaga anak2 yang dok main sana main sini sambil dok melihat gelagat orang keliling.
Di sudut yang jauh, saya merenung teringat arwah abah.. kalau abah ada, mesti dia bangga. Mesti dia dah peluk anak bongsunya ini. Abah memang nampak garang dan tegas, tapi abah lembut hati. Kalau abah tak didik kami dengan ketegasannya, mungkin saya bukan Pensyarah hari ini.. dan begitu juga dengan Kakak & adik2 saya... Ini semua berkat didikan mak & abah.. Terima kasih mak, abah. Kalau compare mak dengan abah, mak macam saya, mudah mengalirkan air mata.. Sensitif sedikit.. hehe.. Ini pun masa dok menaip kisah arwah abah, air mata saya dah bergenang. Saya rindukan abah... Rindu dengan bicara tegasnya namun kemesraan sebagai seorang ayah tetap terpancar. Al-Fatihah abah....
So inilah gambar kenangan yang kami snap masa di UiTm hari tu..
Itulah adik saya... Mak, Kak Yong & Kak Lang. Itu dia bunga yang diterima.. Biasalah konvo mesti ada Bunga... huhu
Ini gelagat anak2 mama...
amboi anak dara mama sorang ni... Tgk tu belon Boboboi (papa dah kena paw)
Tahniah adik@maksu Bella..
p/s: Konvo Cybernetics kali ni kat PICC, Putrajaya... adoiiii besaunya dewan tu... Saya dah nak masuk 7 bulan.. agak2nya larat ke nih?? Buat dua sesi plak tu, pagi & petang... Semoga keadaan terkawal dan saya dapat menjadi urusetia dengan baik.. hehe
2 ulasan:
alahai.. muka semua seiras je.. congratulation maksu bella.. cubaan pertama, haha :D miss da 7 month? jaga diri & baby leklok ye.. will miss u, miss :)
aaah ler dah adik beradik.. huhu
dah 6 bulan lebih.. tq azura..
Catat Ulasan