Impian Cinta & Kasihku...
Anak-anak mama Dhia Batrisyia & Dhia Aleesya semakin membesar... kakak dah nak masuk 4 tahun bulan 10 ni.. adik pulak diam tak diam dah pun masuk setahun 4 bulan... anak2 mama semuanya ramping2 belaka.. huhu.. berisi pun tang muka jer... yang banyak meningkat ialah ketinggian... bila mama ckp kat doktor anak2 mama kecik2.. doktor kata anak2 mama lasak dan aktif.. normal lah tu as long masih mahu makan dan yang penting masih mahu minum susu... alhamdulillah.. yelah kadang2 mama cemburu melihat anak2 kawan mama yang chubby2.. geram nak cubit2 pipinya... its oklah, yang penting anak2 mama sihat, alhamdulillah....
kalau ada rezeki lagi, mama nak mengandungkan adik2 kamu yang lain... ada kawan2 mama kata "hebatnyanya...... aktifnya.....beraninya... tak takut sakit.... " mama rasa bangga bila mama kata pada mereka mama nak tambah zuriat lagi... mama suka bila ada anak2 yang ramai... memang penat menjaga kamu.. kadang2 mama terjerit sana terjerit sini (huhu papa dah tau dah perangai mama).. tapi hakikatnya ianya satu kepuasan dan kegembiraan bila menjaga kamu... nak kata sakit, mama dah rasa sakit bersalin normal dan operate.. akan datang mama dah bersedia dah... memang akan sakit bila mengandung dan bersalin, tapi pada mama inilah perjalanan hidup insan yang bergelar wanita... kesakitan itu satu kenikmatan apabila kalian lahir ke dunia... jika umur mama tidak panjang, atau jika mama ditakdirkan pergi kala mama melahirkan kalian, mama rasa hajat mama dah lepas untuk meninggalkan zuriat buat papa dan keluarga kita... itu sahaja tanda cinta dan kasih syg mama pada papa iaitu kasih sayang & cinta yang kekal abadi utk selamanya...
insyallah kalau Allah berikan rezeki mama ingin berbadan dua lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan