
Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon
ampun
Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan
al-Quran.
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan
beristighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa
dan bersedekah
Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan
berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa
Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
AMALAN SEPANJANG REJAB
1. Bersolat
Solat-solat sunat mengiringi solat fardhu.
Solat sunat Israk, solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih.
2. Bertaubat
Bertaubat dan berdoa mohon keampunan agar diterima amalan
ibadat, minta selamat dunia dan akhirat, minta dilimpahi rahmat, minta
dilepaskan daripada azab-Nya di akhirat dan mohon dimasukkan ke syurga. Dalam
Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa-dosa orang yang meminta ampun dan
bertaubat kepada Allah. Sekiranya ditambah dengan berpuasa Rejab wajib baginya;
- diampunkan dosanya yang lalu.
- dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
- terlepas dari dahaga di hari kiamat.
3. Berzikir; 100 kali selepas solat Subuh dan Asar.
(a) لآ
اِلَهَ اِلاَّ الله ُ
(Tiada Tuhan Melainkan Allah),
(b) الله
ُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar)
(c) Baca setiap hari 10 kali:
لآ اِلَهَ اِلاَّ الله
ُ قَبْلَ كُلِّ
اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ
الله ُ بَعْدَ كُلِّ
اَحَدٍ، لآ اِلَهَ اِلاَّ
الله ُ يَبْقَى رَبُّنَا
وَيَفْنَى كُلُّ اَحَدٍ.
Tiada Tuhan melainkan Allah sebelum tiap-tiap sesuatu, Tiada
Tuhan melainkan Allah sesudah tiap-tiap sesuatu, Tiada Tuhan melainkan Allah
kekal Tuhan kita dan fananya tiap-tiap sesuatu.
4. Bertasbih: Setiap satu, 100 kali
(a) سُبْحَانَ
اللهِ رَبِّيَ اْلاَ عْلَى.
(b) سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan dengan segala pujianNya, Maha Suci Allah
yang Maha Agong.
(c) سُبْحَانَ
اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لآ اِلَهَ اِلاَّ
الله ُ اَكْبَرُ، وَلاَ
حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ
بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada tuhan
melainkan Allah, Allah Maha Agong, tiada suatu daya dan upaya melainkan dengan
Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
(d) 1 – 10 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ
اللهِ الْحَيُّ الْقـَيُّوْمِ.
(e) 11 – 20 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ
اللهِ اْلأَحَدِ الصَّمَدِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi Maha Diperlukan..
(f) 21 – 30 REJAB -100 kali.
سُبْحَانَ
اللهِ الرَّؤُفِ.
Maha Suci Allah Yang Maha Memaafkan.
(g) 1 – 30 Rejab, dibaca 80 kali selepas Subuh & Asar:
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِى وَتُبْ عَلَـيَّهِ.
Ya Allah! Ampunilah daku dan rahmatilah daku serta daku
bertaubat kepada-Nya.
وَلاَحَوْلَ
وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
نِعْمَ الْمَوْلَىْ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَلله ُ الْكَافِى
اَلله ُ الْشَّافِى اَلله
ُ الْمُعَافِى.
Dan tiada daya dan upaya bagiku melainkan dengan Allah yang
Maha Mulia lagi Maha Agung. Dan cukuplah Allah tempatku berlindung, sebaik-baik
pemerintah dan tempatku meminta pertolongan. Allah yang Maha Mencukupkan, Allah
yang Maha Menyembuhkan, Allah yang Maha Menyihatkan!.
5. Selawat: 10 atau 100 kali.
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيَّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ سَيَّدِنَا مُحَمَّد.
Ya Allah, sejahterakanlah Nabi Muhamad saw dan ahli
keluarganya.
6. Istighfar 70 atau 100 kali pagi dan petang.
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agong dan daku
bertaubat kepadaNya.
7. Istighfar kepada ibu bapa, seberapa banyak yang boleh;
رَبِّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا.
Ya Tuhanku! Ampunilah daku dan dua ibu bapaku dan rahmatilah
keduanya sepertimana mereka mendidikku sewaktu kecil.
8. Membaca surah Al-Ikhlas sekurang-kurangnya 11 kali setiap
hari.
9. Membaca Al-Quran.
Istigfar : Rasulullah saw menganjurkan umatnya agar
memperbanyakkan istighfar. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan
petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api
neraka. Dan banyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat
dalamnya Allah menyelamatkan seorang daripada api neraka.
1. Antara istighfar sepanjang Rejab yang diamalkan baginda
ialah Penghulu Istighfar:
a. Sayyidul Istighfar.
اَللَّهُمَّ
اَنْتَ رَبِّىْ لآ إِلَهَ
إِلاَّ اَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا
عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ،
أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ
فَاغْفِرْلِىْ، فَإِِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ
إِلاَّ اَنْتَ.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau;
Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui
akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan
dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali
Dikau.
2. Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
أَسْتَغْفِرُ
الله ُ الَّذِىْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ
الْقَيُّوْمُ وَأَ تُوبُ إِلَيْهِ.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat
kepada-Nya.
sumber : http://www.mamafaiz.com/2012/05/esok-1-rejab-amalan-sepanjang-bulan.html Terima Kasih ^__^

Tiada ulasan:
Catat Ulasan