sharing info.. betul juga kan ... (sumber FB)
Salam Hormat,
Seorang anak saudara kawan saya yang berusia 10 tahun
mengemukakan soalan ini dan dia gagal menjawabnya. Anak itu bertanya,
"kenapa tandas di rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan di dalam
bilik?" Tandas mesti ada di dalam bilik utama selain di bahagian belakang
(dapur).
Kata anak saudaranya, "ustaznya memberitahu setiap kali
azan, syaitan akan melarikan diri ke dalam tandas". Pendeknya, syaitan
suka duduk di tempat-tempat yang kotor.
"Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada
dalam bilik?. Tidakkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik?"
katanya membuatkan kawan saya bingung..
Betul juga cakap budak ini.. Sebab itu orang kita sekarang
makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik.
Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami
juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri
juga sama 2 x 5. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Puncanya
malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah
katilnya sudah ada bilik air.
Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak
jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang
Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada tandas dalam
bilik. (hehe.. tuntutan arus kemodenan lah tu..)
Orang dulu (di kampung), kalau bina tandas, mereka cari
tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah
mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada
melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur! (dulu
lain, sekarang kan dah maju...)
Moral of the storey…. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR
ANDA… (agar syaitan2 tu tidak berkeliaran dalam bilik tidur)…. Itu adalah yang
terbaik…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan