love

love

Khamis, Disember 08, 2011

sempena ULANGTAHUN PERKAHWINAN kami....

Alhamdulillah....
Hari ni 8 Disember 2010, genaplah usia perkahwinan saya dan suami yang keempat.  Syukur ke hadrat Illahi.  Jika ditanya perasaan saya hari ini, tentulah saya amat bersyukur dan amat gembira... Dapat melayari alam rumahtangga bersama suami tercinta, membina kebahagiaan bersama... melalui onak duri dan dugaan bersama.. Gembira, Bahagia dan segala-galanya. Terima kasih ALLAH.... Sungguh nikmat dan indahnya percintaan ini... Semakin indah bila dianugerahkan permata yang tidak ternilai iaitu DHIA BATRISYIA & DHIA ALEESYA...

Papa.... terima kasih kerana menjadi pelengkap hidup mama... mendambakan impian mama... menyokong mama.... menjadi teman setia dikala kesedihan menyelubungi hidup mama... hadirnya papa, menjadi pelengkap kepada setiap kekurangan dlm diri mama... Terima kasih kerana menerima mama seadanya... Terima kasih papa... Tidak terkata ucapan penghargaan dan pengorbanan papa pada mama... Mama sangat menghargainya...

Papa... tidak dapat dibayangkan jika papa tiada dalam hidup mama.... Mungkin ombak itu tidak nampak pasang surutnya.... Mungkin siang dan malam tiada bezanya pada mama.... Mama mungkin tidak sehebat mana.. Mama cuma dapat janjikan KESETIAAN dan KEJUJURAN pada papa... Mama cuma dapat hadiahkan CINTA dan KASIH SAYANG pada papa... Dua puteri kesayangan kita, tanda kasih sayang kita bersama..  Semoga anak2 kita setenang dan cool seperti papa... semoga senyumannya semanis senyuman mama (mama nak puji diri ni)... Semoga kasih sayang mereka bersemi dalam hidup kita.. dan semoga mereka menjaga kita di hari tua... Doa mereka yang kita harapkan dikala kita dijemput pulang...

“” Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? ” Al-Ankabut [29:2]“

Sedangkah lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.... Dugaan itu mengajar untuk kita terus mengemudi bahtera perkahwinan kita.  Doa mama, janganlah anda insan lain yang hadir dalam hidup kita.  Baik mama, mahupun papa... Mama berdoa moga hati kita tidak berubah.. Jangalah orang lain yg cuba memporak perandakan hubungan kita.. Jangan mereka jadi perampas kebahagian rumahtangga kita.... Jangan cuba menghancurkan kebahagian kami.. Itu janji dan tekad mama...

SAYANG PAPA, ANAK2 DAN KELUARGA MAMA....

Imbasan Kembali =)




3 ulasan:

lady butterfly berkata...

tahniah kak..... =)

Unknown berkata...

terima kasih adik shima...... teringat saat2 semasa shima dok layan kerenah akk masa ngandung batrisyia dulu.. hehe

wienal berkata...

semoga ko bahagia bersama anak-anak dan suami tercinta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...