love

love

Selasa, Ogos 16, 2011

Bengkel Penulisan Am

Satu pengalaman penulisan yang tak dapat mama lupakan. Pada 18 - 20 Julai yang lepas, mama mengikuti Bengkel Penulisan Am bersama-sama rakan pensyarah yang lain. Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang yang berpengalaman luas dalam dunia penulisan. Itulah dia Prof Abdullah Hassan. Mama pasti, nama prof Abdullah Hassan sangat gah di arena penulisan. Prof Abdullah Hassan merupakan pemilik penerbitan buku yang terkemuka di malaysia iaitu PTS. Beliau memartabatkan bahasa melayu tinggi dalam dunia penulisan.

Peluang sebegini memang mama nantikan. Walaupun terpaksa membatalkan kelas selama tiga hari berturut2 dan bakal menggantikan kelas selama 12 jam.. ianya tidak menjadi masalah untuk mama. Sungguh teruja sepanjang 3 hari berbengkel bersama prof Abdullah Hasan serta prof Adjung sekolah pengajian mama iaitu Prof Dr Ismail.

Mama di ajar bagaimana untuk menjana idea, menyusun topik2 penting, menulis dan berkarya dengan mudah. Mama juga diperkenalkan dengan indeks kebolehpercayaan, chapterizing dan isu hakcipta. Fuhh.. sangat2 seronok dengan pengalaman ini. Rasanya tak cukup 3 hari ni. Kenapalah penganjur tak buat program ni masa cuti semester tempoh hari..

Terima kasih kepada Prof Abdullah Hasan & Prof Dr Ismail yang berkongsi ilmu dengan mama & rakan2 seperjuangan yang lain. Insyallah mama akan terus menulis untuk menghasilkan satu buku hasil karya mama sendiri.

Disudut hati, sepanjang berbengkel... mama terkenangkan arwah atuk... teringat arwah abah mama yang gigih menghasilkan karya sendiri demi menyara hidup anak2.. Ya, mama & makcik2mu dibesarkan hasil titik peluh atuk berkarya. Abah... angah sayangkan abah... Insyallah angah akan teruskan perjuangan abah ini..

Prof Abdullah Hassan bersama kak Miah (bos mama tu..)

inilah idea2 yang perlu dijana sebelum berkarya.... (idea mama nih...)

idea adalah melalui satu perkataan yang boleh menghuraikan keseluruhan idea tersebut.
idea perlu di paparkan sebagai titik tolak untuk berkarya.

me & Jes sedang memaparkan idea2 yang kami jana..

me & Jesica.. lecturer form School of Computing & Engineering

its a computing idea.... me : multimedia & jes : web design

participants - fuhhhh khusyuk semua.....

great jobs... terima kasih prof!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...