Hari tu masa gi klinik bawa Batrisyia & Aleesya, ada satu makcik ni tegur... "Baby hisap susu badan ke, dik?" Aku senyum & mengangguk. Cewahh bangga kali ni sbb dapat susukan anak. Kalau dulu org tanya aku cuma senyum pahit jer. Bila aku ckp xdpt susu ibu, ada yang pelik? "kenapa tak susukan anak?" ada juga yg ckp "susu xbyk ya?" dan ada juga nada sinis org kata "tak nak jaga badan ya?" fuhh mentang2 badan aku beso masa tu, sedap2 mulut je ckp. Dah lah anak pertama, tak de pengalaman, pastu operate plaks tu... dah tak pandai... erm tulah aku, tak pandai tak moh belajar... kan org dah ckp gitu... uwaaaaa...
tapi itu DULU ya... cewaaahhh skang aku dpat susukan anak aku... even stok susu yg dipam tu aku bagi sket kat Batrisyia yg dapat merasa sket dulu. Skang aku campurkan sket susu dia dengan susu badan aku.. aci kannn??
uiii panjang plak stori.. sambung balik cite kat klinik tadi.. tetiba makcik tu tanya "makcik nak sikit susu badan boleh?" hahhh? terkejut jugak aku... biar benar makcik nih... aku pandang papa kat sebelah yg tgh tersenyum...(agaknya terkejut gaks, tapi laki aku ni pandai kaver)... mungkin papa senyum tgk muka aku yg terkejut tu kot... huhu
"anak makcik sakit mata, nak mintak sikit susu adik sapu kat mata dia..." kata makcik tu seakan merayu... alahaiii touching plakk aku.. aku ni mana boleh kalau touching2 nih.. "boleh ke papa?" terus aku tanya papa kat sebelah... ye la kena minta izin jugak. Papa terus angkuk tanda setuju dan membalas "bagilah sikit..." bila papa bagi green light aku pun ikutlah makcik tu ke toilet.
dalam perjalanan ke toilet makcik tu siap kata lagi "makcik dah lama cari org yg susu badan anak nih... nak mintak sikit susunya... sian dik, anak makcik OKU..." alahaii bila ckp macam tu aku mmg tak sampai hati sgt. tak apalah, bukannya nak susukan anak dia, cuma nak amik susu tu sket letak kat mata dia..
sampai kat toilet aku pun ambil sket susu badan then terus letak kat kedua2 mata anak dia yg merah menyala... mmg sakit mata budak nih... alahaii siannya.. "mak cik dah pegi 3 klinik, tak elok2 jugak matanya, nak cuba susu ibu.... susu ibu banyak khasiatnya...." ckp makcik tu lagi..
"yer la makcik... insyallah...." kataku sambil tersenyum.
makcik tu terus ucapkan terima kasih padaku. bersungguh2 dia ucapkan. kemudian tergesa2 dia bergegas pegi sebab no giliran dia dipanggil.. aku tersenyum dan aku ikhlas memberikannya setelah diberi izin oleh suami.
Semoga mata anak itu sembuh.. aku doakan! Aku bangga kerana mempunyai susu ibu.... =)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan