dah nak hampir dua bulan aku bercuti pantang. minggu depan dah masuk keje. owh keje sbg pensyarah mmg menguji kewibawaan aku. tanggungjawab untuk mencurah ilmu pada anak didik. kdang2 menguji ketahanan emosi dan mental. yelah budak2 assume kami ni sbg pensyarah aja, tapi pada aku ia lebih dari itu; mendidik, menghargai, menyayangi....kdang2 bila aku marah di class sbb sikap anak2 didik aku ttg belajar, diaorg ingat aku benci, aku mark diaorg.. walhal niat aku untuk menyedarkan diaorg, sayang pd diaorg.. nak diorg jadi insan berguna di masa hadapan..ermm... berlainan pula mendidik dan menyayangi anak sendiri.... dua bulan bersama Dhia Batrisyia & Dhia Aleesya banyak yang aku belajar bersama mereka. Bukan mudah menjadi seorang ibu yang tega... Tanggungjawab ibu bukan setakat mengandung & melahirkan mereka sahaja. Mendidik mereka sewaktu kecil memang satu cabaran.
Dhia Batrisyia baru dua tahun enam bulan, tapi ragam dan keletahnya kadang2 buat mama amat2 teruja. Kenakalannya kadang2 membuatkan ringan jer tangan nih hendak mengajarnya. tapi, kekasaran bukan cara mengajar anak2 yang baru meningkat naik. Anak mama tgh lasak, dengan aktifnya kadang2 tak mampu nak kawal. Kuat menjerit, melompat. Tgk aja keletahnya bila mama pasangkan lagu favourite dia, menari2 lagi. Kadang2 tu siap menyanyi sorang2, senang hatilah katakan. Tapi sebutir apa pun mama tak paham dia nyanyi apa. Anak mama ni bijak, pandai ambil hati. Sekarang ni pun dah boleh harap nak bantu mama. Cuma bila papanya ada, bukan main manja dgn papa.. Masa tu dgn mama pun dia bolayan... Mama gembira bila Batrisyia dah mula memahami bahawa mama perlu beri perhatiian utk adiknya. Batrisyia paham bila mama pesan jgn buat bising bila adik tido. Jangan kaco adik. Dan kadang2 Batrisyia memujuk adiknya bila Aleesya nangis. Tersenyum mama lihat bila Aleesya merenung kakaknya yg sedang memujuknya itu. Mungkin masing2 paham dan boleh interact antara satu sama lain. Yelah kakak, esok2 kakak Batrisyia dah besar, pada kakaklah mama harapkan untuk membantu mama menjaga adik2.
Dhia Aleesya anak mama ni pun dah nampak bijaknya. Tau time mandi dia, kalau tak dimandikan mulalah dia meragam. Tak banyak ragam bila disiang hari. Mungkin diaa nak mama rehat sbb malam mama akan jaga dia, layan dia. Ermm tapi disiang hari mama kena jaga kakak, makan minum, mandi kakak.. kalau tak nanti kakak merajuk dgn mama.
Aleesya dah nak masuk dua bulan, minggu depan 11hb genaplah Aleesya 2 bulan. Kena cucuk tau. heheh tak boleh lupa masa Aleesya sebulan dulu kena cucuk, menangis sampai merah2 muka. Seingat mama, masa kakak Batrisyia dulu dia tak nangis pun masa cucuk sampailah setahun. Lepas tu sejak kakak demam panas kena masuk ubat kat bontot, selalu menangis bila gi klinik. Fobia lah tu.
Mama perasan, kakak Batrisyia ni macam papa. Lagaknya tenang, tapi dalam tenang ada gelora. hehehe, trademark papa mama cilok japs. Kakak kalau kena marah ngan mama, dia tak terus nangis, tp mama nampak mata dah berair. Pastu perlahan2 dia gi kat katil, amik bear + bantal, terus naangis.... hehehe alahai anak mama. Begitu jugak kalau dia tgk papa nak gi keje tinggalkan dia, mulut siap cakap babai babai kat papa, tp hati dah sebak sbb papa tak bwk dia. Bila tutup pintu, berlari naik atas katil capai bear + bantal then nangis sedu2.... alahaoiii comeinya... Kakak anak sulung, kakak kena kuat ya syg... kakak akan jadi contoh pada adik2 nanti...
Buat Aleesya hati mama berbunga riang bila adik dah pandai senyum bila mama agah.. siap bagi respond lagik... terngaga mulut tu... alahaii sayang, manisnya senyumanmu itu...
Apapun mama akan sentiasa sayangkan anak2 mama selagi hayat masih ada....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan