Antara cinta dan duit? Huhu topic ni bukanlah sbb frust sbb gaji tak masuk lagii.. tapi tetiba aku ni macam touching pulak… terasa sayang dan cintanya pada suami dan anak2… terasa indahnya hidup ini bila aku sendiri mempunyai naluri dan perasaan kasih sayang… bersyukur sangat aku mempunyai perasaan itu.. ada orang tak ada perasaan cinta dan kasih sayang… serius.. aku pernah dgr kes gini… duit berkoyan2, tapi tak pernah ada perasaan cinta dan kasih sayang.. kenapa sifat itu tidak berada di sudut hatinya itu?
Manusia boleh jadi giler sebab duit dan cinta. Betul tak ?? Bagi lelaki, ada 2 jenis giler yang amat2 bahaya… Gila KERJA atau gila PEREMPUAN… ermm jangan nak nafikan!
Di zaman yang segala2nye berpaksikan duit ni, kita takkan dapat lari bila manusia semakin bertindak diluar kawalan. Ada yang jadi gila sebab DUIT, ada yang membunuh hanya kerana DUIT. Dan percaya atau tidak ada pasangan yang bercerai berai kerana DUIT… Scary jugak bila bercerita pasal duit ni.. Besh ker duit ni?
Bagi aku duit tu bukan segala-galanya. Aku tak nafikan, hidup ini memerlukan duit… tapi duit tidak boleh membeli segala-galanya…
Bukan salah DUIT kalau disebabkannya manusia jadi sakit,
Bukan salah CINTA kalau disbabkannya manusia jadi buta… oiii tolongkan jangan kaitkan dengan perkataan BUTA nih… korang tu yang BUTA sebenarnya…
Tuhan dah bagi AKAL kan? Apalagi… Pepandailah nak gunakannya selain jadikan IMAN didada sebagai pegangan… Insyallah
“WANG BUKAN SEGALA-GALANYA TETAPI, SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG”
Hampir semua masalah di dunia boleh diselesaikan dengan wang ringgit. Namun, tanya diri anda, adakah hubungan cinta anda mampu dibeli dengan wang ringgit? Adakah setiap permasalah cinta anda perlukan nilai wang untuk menyelesaikannya?
Aku akui wang tu boleh membantu dalam kehidupan kita.. wang penting untuk menguruskan kehidupan kita… even kita bekerja ni pun sbb nak dapatkan rezeki yang memang sebahagian daripadanya daripada duit… itu memang lumrah kehidupan… tapi apa gunanya duit kalau tak ada kasih sayang…. Hingga ada sanggup gadaikan maruah dan harga diri demi mengejar duit…
Bagi aku cinta itu lahir dari hati yang tulus… percaya dan ikhlas… aku tak kisah juga aku kurang duit tetapi aku kaya dengan kasih sayang. Aku tau aku tak sempurna. Mungkin tak cantik, tak tinggi cam model, jari jemariku gemok2… huhuhu… tapi sekali aku melafazkan cinta, selamanya aku cinta…
Cinta aku tak boleh dijual beli.. cinta aku tidak ternilai.. cinta aku adalah kekayan aku yang hakiki.. jadi janganlah prejudiskan cinta aku.. janganlah hancurkan kepercayaan yang aku berikan… aku pernah kecewa kerana cinta.. aku pernah jatuh tersungkur kerana cinta… dan aku pernah menjadi korban cinta… tapi cinta aku cinta hakiki, selagi maut tidak menjemput cintaku tetap utuh bersemi..
biarlah aku bangun semula kerana kegagalan masa lepas.. tapi tak mungkin aku tinggalkan kegagalan lepas dan melupakan kejayaan cinta masakini… amat pedih bila cinta dikhianati… amat menyakitkan… ianya bagai luka yang tidak berdarah tetapi kesannya lebih sakit bagai ditusuk sembilu. Cinta itu amat unik.. jadi, jangan cemari ia dengan kekotoran… jadilah pecinta yang setia. Jangan bercinta kerana simpati, jangan bercinta kerana nafsu…. Janganlah cemari anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini.
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta oleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar, cinta berkata, cinta melihat. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Sangat menyakitkan apabila mencintai seseorang, tetapi dia tidak mencintai kita. Namun lebih menyakitkan bila mencintai tetapi tidak memiliki keberanian untuk menyatakannya.
Hanya memerlukan satu minit untuk menghancurkan seseorang kerana cinta, satu jam untuk menyukai seseorang atau satu hari untuk mencintainya. Tetapi memerlukan masa seumur hidup untuk memulihkan luka-luka kerana cinta. Melupakan bukan selalu bererti
memaafkan. Maka jangan pernah lari dari kenyataan cinta.
Cinta adalah ketika kamu menerima seluruh kelemahan kekasihmu, memeluknya sambil berkata "apapun yang terjadi aku tetap mencintai kelemahan mu" dan selalu ada air mata yang mengiringi "Aku Cinta Padamu".
Adalah benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita dapat hinggalah kita kehilangannya. Dan kita cuma akan menghargainya apabila kita sudah kehilangannya.
Janganlah mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah hingga cinta itu mekar dalam hatinya,sekiranya tidak pastikan bahawa cinta itu tetap mekar dalam hatimu. Cinta yang murni adalah cinta yang hanya mengenal satu kata, iaitu "Memberi"
Jangan pernah berkata "Selamat tinggal" jika hatimu masih ingin mencubanya, jangan menyerah ketika kamu merasa masih dapat memilikinya. Jangan pernah berkata "Aku tidak mencintaimu lagi" kalau kamu tidak dapat membiarkannya pergi untuk selamanya.
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan, walaupun 1001 kali mereka dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya meskipun mereka telah dikhianati, kepada mereka yang memiliki keberanian untuk membangun kepercayaan "sekali lagi" ketika kekecewaan itu ada.
Permulaan cinta adalah membiarkan mereka yang kita cinta menjadi diri mereka sendiri, orang bahagia kerana cinta tidak pernah memiliki seluruh apa yang mereka impikan, mereka hanya melakukan 1 perkara iaitu cinta yang cukup untuk menutup kelemahan kekasih
mereka .



4 ulasan:
saya pon syg akak jugak... :-)
shima, akk dah tag shima... cepat2 buat topik chenta... hehe
huhu..lama kena fikir ni nak tulis pasal chinta..hehe
takpe.. tak pe.. take ur time... i'm waitinggg....
Catat Ulasan