love

love

Khamis, Ogos 27, 2009

FaMiLy Day



Inilah dia koleksi gambar masa aku pegi Family Day anjuran kolej aku di Sagil, Gunung Ledang, Johor. Aku memang teringin sangat nak pegi sebab nak bawak Cha jalan2. Inilah peluangnya. Kalau nak tunggu aku n husband nak gi berjalan2 memang susah. Dengan kerja lagi, budget lagi.. Jadi dikesempatan yang ada inilah aku gunakan.

Memang seronok berjalan di sana apatah lagi bersama anak dan suami tersayang. Turut memeriahkan suasana sahabat2 aku, shima, azie, jes, ida, zul, nape, nat, kamal dan semua warga CICT. Dah sampai2 ke Sagil tu, kitaorang terus check in dan makan tengahari. Lepas tu ada game dan aktiviti riadah. Masa aktiviti riadah aku n husband bawak batrisyia gi mandi kat kolam renang. Nak bawak gi air terjun sagil tak berani aku sbb anak aku kecik lagi. Kolam pun kolam laaa dik....

Malam ada acara karaoke dan cabutan bertuah. Memang bertuah betul... aku n husband dapat hadiah cabutan bertuah. Esoknya selepas makan tengahari makan berakhirlah trip Family Day di Sagil..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...