Baru-baru ni lepas meeting hari tu, head aku ada cerita topik syukur. Tersentuh jua hatiku dengan topik ini, lebih-lebih ia diemailkan oleh bekas pensyarah sebelum ini iaitu ustaz humaizi kepada head aku, kak k-own... betul kata ustaz, kita kena bersyukur dengan apa yang kita perolehi hari ini...
aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi berupaya menulis blog ini....
aku bersyukur kerana masih sihat dan kudratku ini boleh digunakan untuk mencari rezeki yang halal...
aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang penyanyang...
aku bersyukur kerana kasih ibu mertuaku...
aku bersyukur walaupun abah sudah tiada, tapi aku masih boleh berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah abah...
aku bersyukur kerana kasih dari ayah mertuaku...
aku bersyukur kerana mempunyai suami sejati yang amat penyayang, memahami dan romatis...
aku bersyukur kerana mempunyai kakak dan adik beradik yang sentiasa susah senang bersama...
aku bersyukur kerana mempunyai seorang anak yang comel + comot, aktif dan sihat selalu..
aku bersyukur kerana sentiasa bersama teman-teman yang sentiasa happy go lucky..
aku bersyukur dengan kerjayaku sekarang...
aku bersyukur kerana dapat berkongsi ilmu dengan anak didikku...
aku bersyukur dengan apa yang aku miliki selama ini....
semoga aku tidak lupa BERSYUKUR hingga ke hari ini.... walaupun dalam keadaan susah dan senang....
amin......
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenag hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan