love

love

Rabu, Mei 27, 2009

Hati & Perasaan : TERASA HATI



** Act post nie aku cilok dari blog member seperjuanganku, Hanafee... Rasa cam suke plaks tentang topik ni....


(maksud negatif)
1. Terasa hati = terluka perasaan = terguris hati = makan dalam = kecik hati

(maksud positif)
2. Terasa hati = menyentuh kalbu = mengusik jiwa = hati syahdu = besar hati

Topik kali ini akan menyentuh berkenaan definisi pertama. =)

Bagaimana kita boleh terasa hati? Selalunya...(tetapi tidak terhad kpd...)
-Apabila kena marah kaw kaw.
-Apabila kena perli cili padi.
-Apabila kena tegur cara yg tak best .
-Apabila kena pulau.

Apakah yg perlu atau boleh kita lakukan apabila kita terasa hati??
Ada banyak pilihan...boleh pilih satu atau lebih... =)

1. Berdiam diri bagi tujuan muhasabah diri mengadap illahi.
2. Berdiam diri kerana bijak dan tidak mahu bertindak seperti orang bodoh.
3. Berdiam diri bagi mengumpul kekuatan untuk membalas dendam.
4. Melatah dan terus emo-emo tak tentu pasal bikin kacau kepala org lain.
5. Mengadu kepada orang lain untuk mendapat sokongan padu dan membina kroni.
6. Berjumpa sendiri dgn orang yg melukakan hati dan settle secara baik hati ke hati.
7. Menenangkan diri dgn menulis blog mcm ni contohnya. (hahahhaha)
8. Buat tak kisah...buat dono...

Jadi...lu pilih lah sendiri!!

Setiap pilihan ada baik buruk... tapi ikut logik akal, pilihan 1, 2 dan 6 lebih mendatangkan keuntungan dan keamanan.

Terasa hati selalunya berlaku di kalangan keluarga dan kawan kawan.
Di tempat kerja, tempat belajar malah toilet pun ada!!
Kadang kadang dgn stranger pun boleh terasa hati gak. Haih...

** ERMMM SEJAK AKHIR-AKHIR BANYAK YANG TERJADI PADA DIRIKU YANG MELIBATKAN HATI DAN PERASAAN... KALAU DI PEJABAT, AKU BERDEPAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR DAN JUGA KAWAN-KAWAN... AKU NI BUKAN LAA JENIS YANG SUKA BERDENDAM DAN EMO TAK TENTU PASAL... TAPI KADANG-KADANG BILA IANYA TAK TERTANGGUNG DEK PERASAAN, MAKA AKU MULA TERASA HATI DAN MUNGKIN TERSINGGUNG... AKU TAK NAFIKAN KADANG-KADANG ADA PERKARA-PERKARA TERTENTU BERLAKU SECARA SPONTAN.. PERKARA DAH LEPAS... MENGHADAPI STUDENT YANG MALAS & KURANG AJAR MEMANG BETUL-BETUL MENGUJI KESABARAN.... DAN MENGHADAPI RAKAN-RAKAN YANG PENTINGKAN DIRI JUGA SATU CABARAN DALAM HIDUPKU... BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG, AKU CUMA INGINKAN KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAN KALIAN, CUBALAH MEMAHAMI DIRI INI... AKU CUMA MANUSIA BIASA YANG TIDAK SEMPURNA... KUAKUI DIRIKU MUDAH DIDAMPINGI NAMUN JIKA AKU DAH MULA TERASA DENGAN SESEORANG, BUKAN MUDAH UNTUK MELUPAKANNYA. LEMBUT DI LUAR TAPI KERAS DI DALAM... buat suami tersayang, terima kasih di atas sokongan dan nasihat kekanda pada adinda...

1 ulasan:

hanimichi berkata...

salam akak..
sy ske sgt post ni..
boleh x sy postkan dlm blog sy?
thanks so muchy..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...