love

love

Selasa, November 18, 2008

Detik2 ketika melahirkan Dhia Batrisyia…

Sekadar berkongsi pengalaman….

21/10/2008 pukul 4 pagi… terasa perutku sakit sgt… menekan2… perut menegang sgt…. Nak kejut mak mertua rasa kesian plaks… walaupun dah banyak kali mak mertua aku pesan kalau sakit bagi tau… tp aku ni sibuk nak tahan… rileks dulu kononnya… tahan punya tahan sampai kol 5… tapi time tu mmg dah sakit betul… mmg kena kejut gaks mak mertua aku nih…

Mak mertua aku yang baru lepas mandi.. berkejar2 menyiapkan diri… Minta bantuan jiran sebelah untuk menghantar aku ke hospital.. Masa ni laki aku tak der, kursus kat Cyberjaya.. Ayah mertua plaks keje…. Mujurlah jiran sebelah faham dan membantu aku di saat2 getir begini…

Setibanya dihospital aku telah dimasukkan ke wad 1D…. Perut aku tika itu sentiasa menegang setiap 20 minit…Doc pula suruh aku berehat kerana bukaan pintu rahim ku baru 1cm… Fuh baru 1cm sakitnya Tuhan aja yang tahu…

Petang tu selepas aku mandi dan mula nak landing (sbb hubby aku dah balik masa tu… waktu melawat da abiss)… terasa air mengalir di bahagian sulitku…. Makin lama makin banyak… serta merta aku terfikirkan itu air ketuban… sebab tu bila orang nak bersalin dia akan tanya air ketuban dah pecah ker belum.. aku terus inform misi yang ada kat situ… doc datang seluk dan check…. Pintu rahim dah buka tapi cuma 2cm aje… namun disebabkan air ketuban dan pecah, aku perlu dikejarkan ke labour room…

Aku pun bersedia ke labour room dengan pakaian baby yang dipinta… Benakku mentafsir, sudah tiba kah masanya aku melahirkan bayi di dalam kandunganku… Tak semena-mena aku merasa berdebar dan takut…. Aku menghubungi suamiku, malangnya panggilanku tidak berjawab… aku hampa kerana jururawat menyuruhku cepat… dilabour room aku tak dibenarkan membawa hp… aku sedih sbb tak dapat nak bagitau husband aku yang aku akan dimasukkan ke labour room…

Sesampainya di labour room, perutku makin sakit dan terus-terusan menengang… para2 doc memeriksa aku dan menyuruhku berehat sahaja memandangkan pintu rahim ku baru terbuka 2cm…. mereka akan memantau aku dari masa ke semasa….

Bayangkan aku masuk pukul 7.30malam, perutku terus-terusan sakit dan menegang… ku hitung waktu berlalu… 8.30… 9.30… 10.30… hingga 12.00 tgh malam…. Masih belum ada tanda2 aku untuk melahirkan…. aku betul2 sakit dan terpaksa bersabar… Tuhan aja yang tau perasaan ku ketika itu… kemudian 1pagi… 2 pagi… 3 pagi… 4 pagi hinggalah 6 pagi…. Masih lagi belum ada tanda… tika itu aku sudah tidak dapat menahan kesakitan… aku menangis menahan sakit yang teramat sangat… sedih sgt sbb suamiku tidak bersama… aku merayu pada staff di situ agar menghubungi suamiku… aku ingin bersamanya di saat2 getir begini… malangnya permintaanku sekadar untuk didengari sahaja… misi2 di situ langsung tak ambil tindakan di atas peermintaanku… sempat juga aku berbisik “Abang… kalau umur ira tak panjang… ampunkan segala salah silap ira dan halalkan makan minum ira selama ni….” Aku sudah terasa lemah selemahnya… lapar dan dahaga…

Akhirnya pada pukul 8.30 pagi doctor memutuskan agar aku perlu menjalani pembedahan. Aku redha… aku dah tak mampu menahan kesakitan. Operate pun aku sanggup asalkan bayi dalam kandunganku selamat. Dan tika itulah suamiku datang… itupun kerana doc perlukan tandatangan suamiku memandangkan aku perlu di operate… dapat juga aku bertemu suamiku walaupun pada keesokan harinya… tak apalah… Aku mengenggam erat tangan suamiku… aku katakan padanya yang aku dah tak larat.. aku lapar… aku dahaga… suamiku menyuruhku bersabar dan banyak2 berselawat.. sempat juga dia berpesan agar aku berdoa dan tenangkan fikiran sebelum aku di masukkan di dewan bedah yang tak membenarkan suamiku ada bersama ketika itu… Insyallah bang,.. bisikku… Dengan hadirnya suamiku, aku mula kuatkan semangat walaupun tika itu ternyata aku sudah lemah selemahnya….

Di dewan bedah aku diberi ubat bius… aku tak henti2 berdoa agar bayi di dalam kandunganku ini selamat… Jika nyawa jadi taruhan, aku sanggup berundur dan memberi laluan pada bayiku ini, dialah lambang cintaku… dialah tanda kasihku pada suamiku….

Alhamdulillah… aku bersyukur… tepat pukul 11.20am…kedengaran tangisan bayi… air mataku berlinang… hilang segala sakit dan kepayahan ku… Kini, Dhia Batrisyia telah selamat dilahirkan…

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...