Hi… dah lama rasanya aku tak menulis di blog ini… ibarat menghilangkan diri pulak.. sebenarnya semasa aku menghilangkan diri semenjak bulan 2 tempoh hari adalah kerana diriku yang sudah berbadan dua… mengandung…. Heheheh… syukur Alhamdulillah rezeki. Memula aku sendiri tak tahu yang aku dah mengandung pada penghujung januari… Cuma setakat sakit badan, sakit kepala dan muntah2… memula ingat sebab aku ni memang kuat minum Nescafe maka migraine. Dan muntah2 tu sebab beban kerja yang terlalu banyak untuk semester ini.
Masa tu gaks aku penah uat pregnant test, tp result dia negative. So aku ingat aku tak pregnant laaa maybe period aku delay je…tapi memang dah rezeki aku, satu pagi tu aku tak larat nak pegi keje sebab badan2 aku bisa2 sgt… bucuk aku pun anto aku gi klinik. Doc suh aku gi kencing nk uat pregnant test… aku ikutkan aja…. Then result dia POSITIVE…. Aku disahkan mengandung… kandungan aku dah pun 7 minggu waktu tu… AKu dan suami bersyukur di atas anugerah ini….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan