love

love

Rabu, Jun 18, 2008

Kebenaran itu amat memahitkan…


Aku pasti korang juga pernah melalui perkara dilemma yang aku lalui ini. Pasti perit bila anda mendapat khabar angin atau pandangan atau kenyataan yang tak penah anda jangka kan?? Ianya lebih pahit bila mengetahui ia adalah kenyataan yang sukar untuk diterima. Kadangkala kita sangka kita telah rapat atau menjadi sebahagian dari hidup seseorang, kita telah memiliki atau menguasai segala-galanya… tapi adakah pasti ianya membahagiakan?? Adakah ianya hanya membahagiakan kita sedangkan pihak lain tidak pernah berbahagia dengan kita. Tindakan atau perilaku amat penting di mata orang. Orang akan menilai kita kadangkala hanya dari sudut kasar sahaja. Bila tampak manis, bergaya dan baik dimata, orang akan memuji dan mengagungkan kita. Mudah sahaja kan?? Tapi tidak terfikirkah kita bahawa kadangkala manusia bijak dengan lakonan hanya untuk mengaburi mata? Kadangkala yang benar-benar jujur selalu diperlekeh dan di pandang sinis. Namun aku pasti Tuhan itu Maha Adil… Mungkin aku sekarang masih di bawah, tapi kalau Tuhan memberi rezeki aku pasti berada di atas. Aku yakin dan aku amat percaya segala-galanya akan berubah. Tuhan Maha Adil, segala apa yang ditetapkan pada kita pasti ada hikmahNya. Kadang kala Tuhan akan menduga dengan pelbagai ujian pada umatnya, dan pasti terselit hikmahNya untuk umatnya. Aku amat yakin. Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi pada waktu ini dan akan datang. Dan aku redha segala yang ditentukanNya. Aku amat pasti sinar bahagia akan menerangi hidup aku. Pada anda semua, jangan lupa kehidupan kita ibarat roda. Jangan terlalu yakin anda akan berada di kemuncak untuk selamanya kerana suatu masa nanti, anda pasti tersungkur dan jatuh ke bawah jua. Bukan itu doaku, Cuma aku menerangkan tentang hakikat kehidupan. Hidup ini hanya sementara dan gunakanlah kesempatan itu dengan sebaik-baiknya. Aku gembira kerana suami dan sahabatku sentiasa memberi sokongan padaku. Walaupun pahit, ku telan jua……

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...