Jika tahun ini adalah tahun lompat maka hari ini sebenarnya adalah tanggal 29 Februari. Tahun 2007 yang tidak habis dibahagi 4, maka tahun 2008 yang boleh dibahagi 4, maka ia merupakan tahun lompat. Bagaimana nasib dengan orang yang lahir pada tanggal 29 Februari? Apakah mereka juga harus merayakan hari ulang tahun setiap 4 tahun sekali? Atau menumpang pada tanggal 28 Februari atau 1 Mac?
Yup, tahun lompat ini memang terjadi setiap 4 tahun sekali. Tanggal khusus 29 Februari ini diselipkan setiap 4 tahun sekali. Tujuannya adalah agar memperlengkapkan kekurangan 1 hari yang terjadi setiap 4 tahun yang terjadi akibat putaran bumi terhadap matahari tidak tepat 365 hari, melainkan 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 45,1814 saat.
Dan satu lagi, tahun yang habis dibahagi 100 bukan merupakan tahun lompat, kecuali tahun tersebut habis dibahagi 400. Jadi tahun 1800, 1900 bukan merupakan tahun lompat meskipun habis dibahagi 4, tetapi keduanya tidak habis dibahagi 400, dan tahun 2000 adalah tahun lompat.Walaupun demikian jika dihitung, akan terjadi kekurangan 1 hari lagi dalam waktu 3236 tahun. Apa akan terjadi pemotongan hari lagi seperti yang pernah terjadi dulu ya?
Saat tanggal 5 hingga 14 Oktober 1582 tidak pernah ada dalam sejarah kalendar dunia, kerana terjadi pemotongan pada selang waktu pada hari-hari tersebut untuk memperlengkapkan kekurangan 10 hari. Menurut statistik ada 0,0684% dari populasi penduduk dunia ini yang lahir pada tanggal 29 Februari ini. Maksudnya dari sebanyak orang itu pada setiap 3 tahun mereka tidak akan menyambut ulang tahun pada tanggal 29 Februari, mungkin hanya disambut sebelum iaitu 28 Februari atau selepas bulan ini iaitu 1 Mac.
Jadi, untuk tahun 2008 pasti mereka yang menyambut hari lahir dan juga ulangtahun perkahwinan atau pertunangan... menjadikan hari yang paling indah kerana perlu menunggu sehingga 4 tahun untuk meraikannya.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan