love

love

Sabtu, Ogos 04, 2007

Kasih...

saje jer buka topik nie... memandang kan kengkawan aku ramai yang menamatkan zaman bujangnya tahun nie seperti kak zie, lin, elin, hanny, mamat, wawa, aien.... dan last sekali - aku penutup tahun....

maksudnya, memasing dah sampai seru dan dah tiba jodoh untuk diijakabulkan... dah mula memikul tanggungjawab... kalau dulu sorang kini dah berdua... kalau dulu sakit pening sorang2, kini dah bersama... mesti bahagia kan... biasalah kalau gaduh.. adat dalam berumahtangga... namun pasti perlu kefahaman di antara satu sama lain... kena saling percaya dan hormat menghormati di antara satu sama lain barulah rumahtangga aman dan damai..

insyallah aku cuba latih diri untuk jadi yang terbaik untuk future husband aku... aku tak sempurna... banyak yang kurang pada aku... namun bila tunang aku menerima aku, aku bersyukur kerana ada juga yang boleh menerima aku yang serba kekurangan ini... dengan dia aku ingin membina sebuah keluarga kecil ttp mempunyai impian yang besar

padaku, kasih itu satu anugerah... tidak ternilai olehku... dengan adanya kasih aku terasa hidup aku yang kurang itu lebih bermakna... terubat ruang yang kosong dalam hidupku dengan kehadirannya...

aku tak nafikan ramai yang kata kasih sekarang semuanya dusta... ramai yang hipokrit, egois dan buta kerana kasih... tak kurang juga yang mempersia-siakan anugerah yang diberikan...

namun... kasihku tulus dan suci... tak terlintas untukku untuk melukakan kasihku kerana aku pernah terluka satu tika dulu... aku pernah merasa betapa sakitnya, betapa kecewanya apabila aku dikecewakan... namun itu semua adalah dugaan yang tersimpan hikmah disebalinya... aku kini bahagia bersama tunang tersayang...

abang... dikau adalah satu anugerah yang tidak ternilai olehku... moga kasihku tetap bersinar hingga ke akhir hayat...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...