love

love

Ahad, Ogos 26, 2007

- 50 Tahun Merdeka -




Tanggal 31 bulan 8 tahun 1957 merupakan hari kemerdekaan negara kita, Malaysia... Kini genap 50 tahun Malaysia sudah merdeka... Merdekakah kita....???


Bangunan di Kuala Lumpur sudah mula mengibarkan Jalur Gemilang. Jika anda ronda-ronda di sekitar Kuala Lumpur pada malam hari, anda pasti akan terpegun melihat pelbagai kreativiti untuk memperlihatkan bendera negara. Pergilah ke sekitar Bangunan Parlimen, anda pasti akan terpegun dengan cahaya membentuk Jalur Gemilang. Sungguh indah dan cantik. Begitu juga dengan Angkasapuri, Bangunan DBKL dan banyak lagi bangunan di Kuala Lumpur. Tak sempat pula untuk saya ke Putrajaya untuk melihat bagaimanakah bangunan kerajaan dihias sempena menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-50.


Media juga tidak ketinggalan. Tertarik hati bila melihat iklan2 kemerdekaan yang ditayangkan sumbangan dari Petronas, Tmnet, Mayban, Telekom dan banyak lagi...






Ermmm hari Rabu ni 29hb, kolej aku akan menyambut karnival kemerdekaan di Kompleks Sukan Kampung Pandan... hehe tak pasal2 aku pun kena kawat... ramai VVIP yang akan hadir dan akan merasmikan karnival kemerdekaan sambutan kolej kami. ermmm bebudak seronok laa ek sebab tak de classs.. haaa jangan tak sedar diri nak exam... huhu... aku pun tumpang besh gaks sebab tak payah ganti class... yiehaaaa....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...