Kelmarin aku rase tensen sangat kat opis… Aku ni sebenarnya tak der masalah ngan beban keje… Aku mampu buat sebanyak mana tugas yang dipertangungjawabkan.. Kadangkala bila dah banyak keje, aku rasa aku boleh displinkan diri aku… banyak yang aku boleh belajar; cam ner nak uruskan keje yang banyak.. apa strategi yang boleh dilancarkan.. ewahsss… cam ner nak pertingkatkan mutu kerja > kerja cepat abis dan yang paling penting mesti ada KUALITI… itulah target aku… walaupun kerjaya aku sekarang tak sama dengan bidang pengajianku dulu, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Untuk permulaan, apa salahnya kalau aku mencuba.. Inilah rezekiku buat masa ni, aku terima dan bersyukur sangat. Starting aku memang zero bila diterima bekerja di ofisku ni… Aku cuba belajar sendiri dan cuba pratikkan daripada pemerhatian aku tentang konsep kerja di ofisku. Aku juga bersyukur kerana sentiasa dapat sokongan dan tunjukajar dari rakan sejawat dan bosku sendiri.. Alhamdulillah kini aku boleh independent dengan kerja aku… Mana yang aku tak mampu kendalikan, aku akan minta bantuan mereka..Uikss menyimpang plak citer aku.. ermmm ye laa aku nak cite pasai ape aku tensen smlm.. Aku cuma benci dengan sikap orang yang suka menjatuhkan orang lain dengan cara yang kotor… Kenapa mesti iri hati, sakit hati, berdendam, saman menyaman dan %(**#%%$$$; yg seangkatan dengannya lah… Kan lebih baik kalau kita berdoa agar kita cuba jadi terbaik dan lebih terbaik bila ingin maju.. Biasalah, kalau buat bisnes ni.. saingan mesti ada.. kalau xde tu menipu laaa kan… berbaloi ker kalau wat cam tu? Kita dianugerahkan Tuhan dengan sihat tubuh badan, mempunyai pendidikan, boleh berfikir, punya perasaan… janganlah disia-siakan… Janganlah sibuk nak pertikaikan sape betul sape salah… sape yang cari pasal… Janganlah perasaan nak kata yang ini hak kita, yang itu bukan hak ko… Dalam bisnes ni sape yang terbaik itulah yang jadi pilihan… PASTI… SURE punya kan… Cumanya, berunding atau ikutlah prosedur yang betul sebelum menjatuhkan hukuman pada orang lain… Layak ker untuk anda jatuhkan hukuman pada orang lain sedangkan anda sendiri entah betul entah tidak… Fikirlah, tak bersalah ker anda kalau melibatkan orang yang tidak bersalah di dalam persengkataan anda dengan orang lain… Kalau kata nak cari rezeki, semua org nak cari rezeki bukan nak cari pasalkan… Masing2 ada ada sikap perikemanusiaan, fikirlah sejenak dengan apa yang terjadi…
Kerana pangkat dan kedudukan, macam2 boleh jadi… Entahlah.. Aku ni pun xde laa kata yang aku ni baikkk.. aku akui ada gaks aku wat salah.. pernah jugak aku jealous ngan orang yang lebih dari aku…tapi bila pikir balik, sia2 jerr aku wat cam tu semua.. lebih baik aku bersaing secara sihat.. kalau dia boleh jadi yang terbaik, aku pun boleh jugak.. Cuma kena usaha jerrrr…. Kekadang malas tu memang laa malas… kalau ada remote control nak jerr aku guna… zup.. zap..zup…zap………… siapppppp!!! Tapi xdo kojo yang mudah.. semua kena usaha… hehehe…
Panjang lebar plaks aku membebel… hehe.. camtu laa aku kalau stress dengan persekitaran keje… tak pasal2 aku kena soal siasat.. dah cam cite gerak khas the movie… sandiwara semasa, tak pun cerekarama pun leh gaks arrr…. tapi xpe laaa.. sekurang-kurangnya aku leh timba pengalaman.. kena tenang menghadapi apa jua yang rintangan timbul.. walau ia bagai satu tamparan yang hebat, ia perlu dihadapi dengan tabah…. Cuma aku harap pihak atasan cepat2 laaa selesaikan masalah diaorg.. cubalah selesaikan dengan cara yang baik… so bila nak keje kita pun rasa seronok tak stress selalu…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan