love

love

Selasa, Januari 23, 2007

( - Aku keracunan makanan.. - )

aduhaiii.. sian kat aku sendirik.. dh sehari lebih aku dilanda sakit perut + cirit birit.. dari hari ahad ari tu sampai laa hari ni... hari ni terasa jugak sakitnya.. tapi ku tahan jebat.. :p ni semua gara-gara aku ngan adik2 beli minuman kat luar.. kat shopping kompleks terkemuka namanya tut...tut..tut... kang aku mention kat sini, korang tak nak pegi plak.. maleh laa aku... entahlah mungkin hari tu mmg aku ditakdirkan akan sakit perut... nasib baik tak sakit forever n eva... cukuplaa... bisanya masih terasa lagi... takut aku nak beli makanan kat luar... sengsara rasanya.. aku dok umah satu hari suntuk, terbaring aje.. dh cam orang sakit kt hospital kuala lumpur tu... nasib baik kak yong datang bwk ubat.. aku makan ubat, minum air garam, sapu minyak.. semua-semuanyalah.. mandi bunga jer tak.. huhu... walaupun hari ni terasa lagi sakitnya, aku gagahkan juga diriku ke opis... nak wat camner.. tak leh manjakan sgt sakit nih.. nanti aku yg susahss...



aku ada terbaca artikel pasai keracunan makanan nih.. meh aku share ngan korang.. biarlah aku sorang merasa jgnlah ia terjadi pada org2 yang aku sayang.. chewahsss... mencegah lebih baik dari merawat.. hah baca laa ek.... jadikan panduan dan pedoman.. k... laa aku nak sambung keje.. daaaa...


Tanda-tanda khusus keracunan makanan
bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:


Keracunan oleh bakteria


Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.



Toksin

Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin. Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih.


Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus. Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.

Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.

Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi.

Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.

Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella spt tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.

Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24 - 48 jam.


Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.


Keracunan berpunca dari virus

Hepatitis A disebabkan oleh virus yang terdapat dalam kerang dan siput- siput yang ditangkap di dalam air yang dicemari oleh air kumbahan dan sayuran mentah yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Tanda-tanda bermula dari 2-6 minggu selepas makan dan pesakit akan mengalami demam,lemah badan, tidak berselera dan jaundis. Bagi kes yang parah, kerosakan hati boleh berlaku dan membawa maut.

Norwalkvirus disebabkan oleh virus Norwalk yang didapati dalam kerang dan siput-siput yang ditangkap di kawasan yang dicemari najis manusia. Keracunan berpunca akibat memakan siput-siput mentah dan dimasak tidak sempurna.

Keracunan berpunca dari protozoa

Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.

Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica. Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia. Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.


Punca-punca lain keracunan

Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.

Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.


Cara terbaik mengelak keracunan

JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur. Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.

Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dingin beku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.

Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.

Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella. Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik
. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.

Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.

Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.

Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai.

Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.

Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya. Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...